Monday, October 5, 2009

THIS IS SPARTA !!!



Ingat lagi cerita 300? Peperangan tentera Pakatan Rakyat Spartan Greek-gerila (Rom Barat) pada waktu itu melawan Rejim Umno Parsi yang jumlahnya mencecah 100 ribu orang iaitu peperangan Thermopylea 480 SM sebelum kedatangan Isa a.s. lagi. Peristiwa ini merupakah contol model politik pada zaman tersebut. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari filem 300 ini. Saya sarankan anda tonton dan hayati.

Leonidas yang telah membelakangkan Dewan Penasihat Greek untuk membawa keluar pegawal-pengawal yang taat setia kepadanya dari Kota Bahru Greek ke teluk Malian dicelah Trachinian. Kenapa Leonidas dilihat seperti dahagakan darah UMNO Parsi? Sedangkan Dewan Penasihat Greek pada waktu itu masih belum menemui jalan melainkan mahu berpeluk dgn UMNO Parsi dan melalui jalan diplomasi? Moral adalah kuncinya. Tindakan Leonidas merupakan pencetus kepada kemenangan kepada peperangan selepasnya dan empayar Greek semakin kuat selepas itu. Leonidas, raja yang telah ditarbiyah dengan sistem askariah, dengan beraninya tetap teguh dengan kebenaran untuk membebaskan rakyatnya dari bernaung dibawah UMNO Parsi yang mahukan tanah,tanah, dan tanah dan wanita serta kanak-kanak Greek.(Balak?opps..hehe)

Leonidas mahu membebaskan rakyatnya dari ditindas dan dijajah dengan rela mengorbankan dirinya dan 300 pengawal-pengawalnya. Lihatlah bahawa selepas musnah 300 orang ini yang dipukul oleh ratusan ribu tentera UMNO Parsi(ada yang kata jutaan), maka Greek mendapat satu suntikan roh Jihad yang membuak-buak hasil kebobrokan UMNO Parsi. Bilangan bukanlah kunci utama. Kekuatan ahli yang faham (interpretasi filem ini menyukat bilangan ketak pada perut) askar2 Sparta yang begitu terlatih dan mampu menempuh segala onar bersama-sama Leonidas, dan motivasi Ameer yang menjadi suri teladan yang baik itulah sifat yang mesti ada.

Terus, tadi ada saya memperkatakan tentang celah Trachinian. Tiada gerombolan askar pun yang dapat memasuki Greek tanpa melalui celah ini. Begitu sempit. Rejim Xerxes a.k.a Presiden UMNO Parsi dan askar-askarnya terpaksa melutut dulu kalau hendak melepasi celah ini. Hehe.Menurut sejarah, celah ini hanya mampu dilepasi oleh satu caravan/ kereta lembu . 300 orang Leonidas dan tentera gerila telah berkawal dengan begitu baik disini walaupun mereka outnumbered.

Serangan demi serangan dilakukan oleh Xerxes. Daripada pasukan paling Bodoh UMNO Parsi sehingga kepada tentera bergajah kemudian PGK UMNO Parsi, semuanya tumpas ditangan Leonidas dan 300 orang bercawat tapi macho dan berani. Majlis Penasihat Greek pun mengatakan Leonidas buat kerja gila pergi bunuh diri. Tapi lihatlah, hari demi hari tiada skuad askar pun dapat melepasi benteng 300 Leonidas.

Klimaks kisah ini yang perlu dihighlight. Bagaimana Leonidas dan askarnya dimusnahkan. Saya tidak mahu mengatakan mereka kalah, mereka tidak kalah kerana mereka mati dalam keadaan mempertahankan tanahair dari dijajah. Baca profil diatas?Ephialtes of Trachis inilah penyebab kepada kemusnahan Leonidas. Kenapa? Ephialtes dalam 300 digambar mempunyai fizikal yang kurang sempurna, 'hidious' bongkok, dan tidak mampu untuk mengangkat perisai kononnya milik ayahnya yang juga bekas prajurit Greek. Kita maklum bahawa Tamadun Greek antara Tamadun terawal yang membuat akademik askar. Jadi pada masa itu, boleh dikatakan khidmat negara telah menjadi sesuatu yang wajib. Kanak-kanak lelaki telah diambil oleh askar untuk dilatih ilmu ketenteraan. Ok. Ephialtes telah bertemu dgn Leonidas pada awal ekspedisi peperangan ini dan ditemuduga oleh Leonidas. Leonidas tanya dua tiga soalan, lalu dia pun tidak mampu membuat seperti yang diarahkan oleh Leonidas untuk mengangkat perisai. (Perisai Greek sgt besar dan kuat..setiap tentera Greek mesti mampu menjulang perisainya tinggi dan 'agile'-lincah)Leonidas tidak menerimanya kerana Ephialtes hanya akan merugikan Sparta. Tapi Leonidas memberikan tawaran kepada jawatan-jawatan seperti AJK Makanan dan Logistik, tapi Ephialtes, tidak dapat menerimanya.(Serius ok..bukan lawak)Ephialtes dilihat gilakan jawatan. Mahu jadi pahlawan tapi tak dapat.

Setelah disingkirkan, Ephialtes kecewa dan mengadu domba kepada Xerxes. Berpaling tadah. Berpeluk bersama Presiden UMNO Parsi semata-mata diatas ketidak puasan hatinya terhadap Leonidas. Maka dia telah menghadap Xerxes, menceritakan dimana 'the weak spot' of the Spartan Army. Sudahlah belot, bagitahu kelemahan lagi. Lantas, Xerxes dengan rakusnya, menurut segala maklumat yang telah diberikan Ephialtes dan menyerang dengan mengepung celah Malian dari bahagian yang tinggi dgn meletakkan pemanah-pemanah. Serangan dibahagian darat juga dilancarkan bagi mengelirukan tentera Leonidas. Akhirnya, disitulah Leonidas menemui jalan pengakhirannya. BERPERANG DIBAWAH BAYANG-BAYANG.(disebabkan countless anak panah)

Kunci kekalahan 300 adalah BELOT. Berjaga-jagalah dengan PEMBELOT.
Jadilah seperti LEONIDAS. (TAPI JGNLAH BERCAWAT...hehe)

THIS IS WHERE WE HOLD THEM. THIS IS WHERE WE FIGHT. THIS IS WHERE THEY(UMNO PARSI) DIE

GIVE THEM(UMNO PARSI) NOTHING. BUT TAKE FROM THEM EVERYTHING(GHANIMAH).

TAKBIR !!!!

Sifat-sifat pengadu domba yg ada pada Ephialtes:
1. Biasanya orangnya bukan main player
2. Hidious..(Burok)
3. Direject oleh teamnya sendiri(Ukur baju dibadan sendiri dulu)
4. Gilakan jawatan(itu pun dah offer jadi AJK Makanan, pun tak bley terima jgak)
5. Tiada pendirian
6. Lemah dengan tawaran (Wanita, kekayaan)

Ephialtes akhirnya, menemui ajal yg mengerikan. Ada kata dia dibunuh oleh Xerxes sendiri...

Apa-apapun, berhati2lah dengan pengadu domba@"the wannabe main player" sama ada dlm organisasi atau di mana sahaja berada...tikam dari belakang..

Read More..

Sunday, October 4, 2009

Pantang larang melayu

Warna Kehidupan: Pantang larang Melayu
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian. com.my


Sesetengahnya ada bukti santifik, tetapi tidak disedari masyarakat

MASYARAKAT Melayu antara bangsa yang masih banyak terikat dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun meskipun mereka sedang menempuh kehidupan pada alaf ketiga dan sedia menerima pembaharuan.

Sesetengah daripada pantang larang Melayu dikaitkan dengan melawan hukum alam, ada juga yang diketengahkan sambil menampilkan akibat buruk bakal menimpa kepada pelaku dan demi menjaga kesopanan sebagai manusia berakal, di samping tidak kurang mempunyai pertalian rapat sains.



Kanak-kanak Melayu dulu dilarang makan jambu batu dan duku langsat bagi mengelakkan kecacingan, manakala individu berpenyakit kulit seperti kurap dan gatal, dilarang memakan makanan ‘sejuk’ seperti pisang, tembikai dan pucuk kayu bagi mengelakkan serangan saraf.

Sungguhpun demikian, masyarakat Melayu dulu juga bijak memanfaatkan tumbuh-tumbuhan seperti akar, daun, ranting, buah dan bunga sebagai ‘penawar’ meskipun mereka dikelilingi dengan kaedah perubatan menggunakan khidmat bomoh, pawang, dukun dan bidan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nafii Mat, berkata pemikiran saintifik sudah hadir dalam minda Melayu lama berdasarkan asas penciptaan pantang larang dan peribahasa Melayu yang memaparkan unsur jisim, alam, fizik dan ekonomi sebagai asasnya.

“Contoh terdekat dapat dilihat melalui peribahasa, meludah ke langit, muka juga yang basah, berkait rapat dengan daya tarikan graviti, tetapi hakikat ini tidak disedari sebahagian besar daripada kita,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Serdang, baru-baru ini.

Baginya, perkaitan di antara pantang larang dan petua orang Melayu lama dengan unsur saintifik membuktikan kebijaksanaan masyarakat zaman dulu, apatah lagi kebanyakan petua perubatan mereka tidak membabitkan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan sampingan.

“Masyarakat moden akan melihat larangan memakan ikan tongkol dan tenggiri terhadap wanita lepas bersalin sebagai pemakanan tidak seimbang, tetapi bagi orang Melayu ia bertujuan mengelakkan kegatalan di bahagian peranakan,” katanya yang juga penyair tersohor tanah air.

Naffi turut melihat kebijaksanaan masyarakat Melayu dulu bukan sekadar terhadap aspek dalaman, bahkan penjagaan luaran yang antaranya dapat dilihat melalui penggunaan limau purut yang dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala dan mengharumkan bau rambut.

“Penggunaan kayu belur bagi mencantikkan rambut dalam masyarakat Melayu dulu, kini turut dikomersilkan apabila ia digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan penting dalam syampu rambut,” katanya.

Exco Kanan Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Sheikh Ahmad Afiq Sheikh Yahya, berkata kebanyakan pantang larang Melayu berkaitan dengan amalan pemakanan kerana kesihatan setiap individu berkait rapat dengan tabiat pemakanannya.

“Ada sesetengah pantang larang tidak membenarkan kita memakan lauk dalam kategori berlainan kerana boleh menyebabkan penyakit kulit. Contohnya, ikan tidak boleh dimakan bersama susu kerana dikhuatiri menyebabkan sopak.

“Selain itu, masyarakat dulu juga tidak menggalakkan sesiapa juga meminum air ketika makan kerana amalan itu dikatakan boleh menyebabkan kegemukan kerana makanan yang diambil tidak dapat hadam dengan sempurna.

“Larangan ini jelas selari dengan fakta saintifik yang menunjukkan tabiat makan sambil disulami dengan minum air akan menyusahkan proses penghadaman berlangsung dalam diri seseorang,” katanya yang sedang melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baginya pantang larang mandi pada lewat malam dalam masyarakat Melayu dulu dengan alasan akan dimasuki angin selari dengan fakta saintifik bahawa liang roma terbuka luas pada waktu malam dan mereka yang suka berbuat demikian akan mudah diserang paru-paru berair.

Sheikh Ahmad Afiq yakin bahawa kebanyakan pantang larang atau cara perubatan masyarakat Melayu lama masih boleh diterima pakai, walaupun ada sesetengahnya tiada bukti secara fakta saintifik.

“Amalan yang baik seperti pendedahan terhadap khasiat tumbuhan yang diperturunkan oleh masyarakat Melayu lama dalam bentuk petua adalah pilihan menjalani kehidupan sihat pada kos paling minimum wajar dijadikan sebahagian daripada amalan,” ujarnya.
Read More..

Tuesday, March 10, 2009

PROGRAM UNTUK LEPASAN SPM/STPM !!!



Terbuka kepada pelajar lepasan SPM/STPM....
YURAN PENYERTAAN RM10

Berminat?Hubungi:
Sheikh - 0196838156
Agus - 0133557843
Fadhilah - 0133332508
Hj Asana - 0123938557
Rosli - 0123938557
Hj Sukaimi (Bangi) - 0193507554

Atau untuk mengesahkan kehadiran; taip (nama) (no kp) (email) & hantar kepada 0196838156 Read More..

Monday, March 9, 2009

SEMINAR MINGGU INI

SEMINAR HALATUJU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2009

Anjuran :
Tarikh : 14 Mac 2009
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Para Pembentang Kertas Kerja;

Datuk Dr Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Aantarabangsa

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris

Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Mat Rofa Ismail
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia

Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo.com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo.com

Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30)
Pelajar (RM15)
(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)

*Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!

*Sebarang pertanyaan dan pra-pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi wakil kami atau tinggalkan komen di ruangan komen bersama nombor telefon atau mel elektronik (emel) untuk dihubungi semula oleh pihak kami

Peta Lokasi Ke Tempat Seminar Halatuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Read More..

Saturday, March 7, 2009

AWAS !!! IDF BERKELIARAN DI TANAHAIR !!! RENTETAN TINDAKAN ANJING BERKEPALA MERAH MENGGANAS IBARAT IDF TERHADAP ORANG PALESTIN


Demonstrasi membantah PPSMI( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) telah berjaya menghimpunkan lebih 100 000 peserta yang terdiri daripada semua peringkat lapisan masyarakat. Apa yang mengkagumkan isu ini bukan sahaja disahut oleh kelompok akademik, ahli politik dan mahasiswa, malahan kelompok-kelompok pelajar sekolah, warga emas, dan pertubuhan NGO yang berdasarkan keahlihan kaum Cina dan India juga turut sama berdemo membantah PPSMI tersebut.

Namun, disaat masyarakat mula berlapang dada dengan cahaya demokrasi yang mulanya seakan-akan terbit apabila tindakan pihak PDRM yang membenarkan demonstrasi ini diadakan di Masjid Negara, tetapi ternyata ianya merupakan helah kaum pendusta yang cuba mengambil kesempatan diatas persetujuan yang dicapai untuk mengekang kemaraaan para demonstran daripada berhimpun dalam kelompok yang terlalu ramai agar tidak mencetuskan satu gelombang baru sepertimana BERSIH. Tindakan prejudis dan tidak bermoral 'anjing-anjing' ini mengepung laluan untuk masuk ke Masjid Negara dan tidak membenarkan demonstran keluar dari premis masjid, malah menghalang pimpinan-pimpinan GMP dan Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan ini.

Seperti yang diketahui, pihak Istana Negara telah bersetuju untuk menerima referendum rakyat dan kedatangan seluruh penggerak himpunan ini untuk berada dihadapan pintu istana.

Disebabkan halangan keluar masuk dari Masjid Negara yang dibuat oleh 'anjing-anjing' mengganggu kelancaran proses penyerahan referendum menyebabkan demonstran mengambil keputusan untuk berarak dan menyatukan kelompok-kelompok penggerak yang berjalan dari arah SOGO dan Masjid Jamek. Jelas dilihat, bahawa keputusan PDRM untuk memberikan permit himpunan hanya di Masjid Negara hanyalah helah yang kononnya hendak mengawal pertambahan para demonstran dan untuk mengasingkan(isolate) himpunan tersebut daripada pandangan orang ramai yang berkemungkinan besar akan respon terhadap demonstrasi ini. Langkah PDRM adalah prejudis dan menghalang proses pemurnian perlembagaan daripada berlaku. Lantas, siapa lagi yang kita hendak memberi kepercayaan hatta orang yang sepatutnya melindungi perlembagaan sendiri tidak menghormati perlembagaan ???

Malah, yang menyedihkan adalah tindakan 'anjing-anjing' ini yang dilihat ala-ala pengganas IDF Yahudi Laknatullah yang tanpa henti menyerang atas nama untuk meleraikan himpunan yang aman ini. Perlu difahami, usaha GMP dan ahli demonstran adalah untuk memurnikan perlembagaan, bukannya untuk mencari gaduh dengan penguatkuasa yang sepatutnya memberikan kawalan keselamatan dan menjaga kelancaran himpunan ini. Akan tetapi, seolah-olahnya menggambarkan bahawa PDRM tidak lagi menjadi suatu institusi yang membela rakyat tetapi melindungi penjenayah-penjenayah dan taukey besar (tycoon) yang ada kepentingan dalam politik tanahair.



Read More..

Wednesday, March 4, 2009

AYUH !!! TENTANG PPSMI BERSAMA-SAMA !!!



Kerana keris badan binasa,
Kerana UMNO musnah bahasa...

Apa tunggu lagi ???
Mahu biarkan generasi anda dimomok-momokkan dengan propaganda keparat meraka ???
Jika tidak, ayuh kita tentang bersama-sama !!!

Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang '1001 masalah' kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai 'Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI' pada 7 Mac ini (Sabtu).

Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.

"Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.

"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samas ekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya yang terdahulu.

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato� A.Samad Said, Dato� Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato� Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato� Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah 'putih' dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.

"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.

"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya. - azm _

Sumber: Harakahdaily
Read More..

Sunday, February 8, 2009

DAULAH ISLAMIYYAH !!!



“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafik mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGAN lah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]



kaum munafik mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu

Read More..

Saturday, January 31, 2009

Erdogan Pemimpin Islam Sejati


Allahuakbar !!! Tahniah kepada Tuan Perdana Menteri Turki Tayyib Erdogan kerana dengan teguh menyatakan pendirian menyokong rakyat Palestin dan kerajaan Hamas. Lantaran, mengutuk keras perbuatan zalim Sharmon Peres dan warga kelab haram Israel yang bersifat lebih teruk dari binatang membunuh dan meratah nyawa orang yang tidak bersalah hingga mencecah 1400 orang hingga ke hari ini tidak termasuk yang tidak dijumpai dan sebagainya. Semoga Allah memberkati Tuan dunia dan akhirat. Tindakan tersebut adalah sangat tepat pada saat ini bagi mengetuk kepala pemimpin-pemimpin dunia Islam khususnya agar tetap menentang kemungkaran Israel pengecut-laknat sehingga ke akhirnya. Diharapkan lebih ramai lagi pemimpin dunia Islam dan pecinta keadilan muncul dengan kenyataan dan pendirian yang sama iaitu menghapuskan kezaliman Israel sama sekali. Bukan hanya kencang di dalam kandang sendiri sahaja bak kata DSAI.

Malah seperti yang diketahui, Amir Kuwait (Raja Kuwait) sendiri juga telah memberikan kata putus untuk menyalurkan bantuan dana kepada kerajaan Hamas dan seluruh rakyat Palestin yang berkorban nyawa dan darah mempertahankan bumi Allah yang mulia itu. Tindakan yang berani malah kami umat Islam menyanjung tinggi usaha tersebut.

Sepotong kata seorang ulama yang kita kasihi dalam ucapannya bersama saudara pimpinan-pimpinan Hamas dalam satu rapat umum:

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin” Imam Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Moga-moga ianya menjadi satu semangat kepada kita untuk sama-sama mengembalikan izzah umat ini lantas menggerakkan umat untuk bangkit menentang kemungkaran walaubagaimana bentuk sekalipun dan di mana kita berada.

SHEIKH UKM

Rujukan: DSAI, Ust Nasarudin Tantawi, Palestinian Information Center & Briged Al-Qassam
Read More..

Friday, January 30, 2009

MANTAPLAH ERDOGAN !!! ALLAHUAKBAR !!!



Kehebatan seorang Perdana Menteri Turki, Raccep Tayyip Erdogan telah menyatakan satu hujah yang tegas kepada Sharmon Peres Presiden Kelab Israel Pengecut atas tindakan ahli kelabnya yang bersifat kebinatangan. Hancur Israel !!!

HIDUP ISLAM !!!
HIDUP ISLAM !!!
HIDUP ISLAM !!!
HIDUP HAMAS !!!
HIDUP AKP !!!
HIDUP MUJAHIDEEN !!!
ALLAHUAKBAR !!!
Read More..

Wednesday, January 28, 2009

"Gencat" yang "terencat"


Briged As-Syahid Izzudin Al-Qassam


Beberapa hari selepas dunia diisytiharkan berkenaan gencatan senjata diantara kerajaan Hamas dan pendatang haram Israel yang menceroboh Gaza telah dilakukan, kita menjadi sedikit tenang. Anggapan kita pada asalnya menampakkan bahawa pengunduran Israel dari Gaza merupakan petanda kelemahan pengganas Israel pengecut(IDF). Mereka yang melakukan serangan yang tidak strategik dan membabi buta hingga mengorban 1300 angka jiwa yang syahid akibat serangan tersebut.

Namun begitu, gencatan yang kononnya "menggencatkan" kemarahan kita tiba-tiba meleset setelah Israel-Zionis-Yahudi-Laknat ini melakukan serangan lagi sekaligus melanggar gencatan senjata yang belum sampai seminggu. Lihat, betapa bacul dan penakutnya Israel ini.

Semenjak 2 atau 3 hari lepas, zionis pengecut telah melakukan pencerobohan dan serangan terhadap kem Al-Maghazi dengan kereta kebal dan kenderaan ketenteraan dan memusnahkan ladang-ladang dan rumah-rumah milik warga Gaza.

Sahabat-sahabat dari Briged As-Syahid Izzudin Al-Qassam telah melakukan serangan balas terhadap skuad khas tentera zionis pengecut dengan melepaskan 3 ketul tembakan mortar berhampiran kawasan berkenaan.Operasi ini adalah sebahagian aksi untuk mengekang kemaraan tentera Israel pengecut sekaligus sebagai respon kepada keganasan mereka terhadap rakyat Palestin.

SHEIKH UKM
Rujukan: Pejabat Rasmi Briged Al-Qassam
Read More..

KUWAIT SUDAH MULA BERUBAH HADAP...ALLAHUAKBAR !!!!



KUWAIT, (PIC)—Sheikh Subah Al-Ahmad Al-Subah, Amir kerajaan Kuwait telah mengumumkan pada Ahad lepas bahawa kerajaan negara itu akan terus menyalurkan bantuan kewangan Dana Pembangunan Arab kepada kerajaan Palestin pimpinan Hamas dan bukan kepada kelompok Fatah di bandar Ramallah.

Keputusan yang telah diambil oleh Amir Kuwaiti itu adalah selepas desakan penggubal undang-undang dan pemimpin masyarakat awam yang menyatakan rasa kebimbangan mereka bahawa dana yang disalurkan kepada kelompok Mahmoud Abbas di Ramallah akan menjadi satu pembaziran.

Keputusan ini telah disambut baik oleh ahli-ahli politik Kuwait dan mereka telah mendedahkan bahawa kelompok Ramallah berusaha keras untuk mendapatkan kewangan dan melakukan pembangunan akan tetapi bukan untuk disalurkan kepada kerajaan Palestin di Gaza.

“Majoriti ahli Parlimen menentang penyaluran kewangan walaupun satu sen kepada kelompok Mahmoud Abbas yang telah hilang kekuasaannya, malah dana kewangan itu akan mesti disalurkan kepada mereka yang mengorbankan darah dan diri mereka kerana Allah,” kata ahli Parlimen Kuwait, Naser Al-Sane’e.

Beliau juga menyeru kerajaan untuk mengikut jejak langkah Amir mereka, dan menyataka n bahawa “Parlimen menentang korupsi” , mereka memperoleh bukti-bukti berlakunya banyak korupsi yang dilakukan oleh kelompok Mahmoud Abbas itu.

“Kami memperoleh maklumat bahawa Kuwait tidak yakin dengan kejujuran kelompok Ramallah, tambahan pula kewangan tersebut tidak harus pergi kepada Abbas yang telah hilang mandat sebagai Presiden Palestin,” kata seorang lagi perwakilan Kuwait, Abdul Aziz Al-Shayji.

Rakyat Kuwait telah mengadakan demonstrasi besar-besaran sebagai bantahan terhadap Israel dan tanda sokongan kepada Hamas semasa kekejaman Israel yang berlaku ke atas Gaza yang bertahan selama 23 hari mengorbankan 1330 jiwa yang syahid , terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

SUMBER : PALESTINIAN INFORMATION CENTER

DITERJEMAH : SHEIKH UKM
Read More..

Tuesday, January 20, 2009

KEMENANGAN UMAT ISLAM MENENTANG ZIONIS KUFFAR



Monday, January 19, 2009

Pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang Palestin

Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 2009 telah diadakan sidang media bersama Briged Al-Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir utama dalam sidang media tersebut adalah:

1. 80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)
2. 49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
3. 48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED AL-QASSAM
4. MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT(UAV)
5. MENEMBAK 4 HELIKOPTER
6. MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
7. MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR-BANDAR HARAM ISRAEL
8. TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP.
9. MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
10. MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
11. MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP
12. BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI
13. MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
14. BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.
15. MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengisytiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZA.


Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata-senjata diseludup kepada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan Briged Al-Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dari bumi Gaza. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel) yang mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap Hamas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniyah sebagai kemenangan Ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang Hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak-kanak dan 104 dikalangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa Al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel.

Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hadith riwayat Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi himar sahaja. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanyalah buih-buih yang lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Dipetik dari blog http://akhisalman.blogspot.com/

Selasa, 20/01/2009 - Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis.

Abu Ubaidah, jurucakap Briged itu dalam kenyataan akhbarnya semalam Gaza(19/1/2009) ” Sepanjang peperangan ini operasi-operasi yang kami jalankan berjaya membunuh 49 tentera Zionis dengan dan mencederakan beratus-ratus lagi, itu adalah jumlah yang tidak termasuk serangan dari mortar dan sniper yang dijalankan oleh Al-Qassam. Jumlah kejayaan dari operasi-operasi itu telah menumbangkan tidak kurang dari 80 orang tentera di medan perang..” beliau juga di dalam kenyataannya semalam mencabar Zionis untuk menyatakan kerugian yang dialami mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr

dipetik dari http://palestinkini.info
Read More..

Monday, January 19, 2009

"BUNUH LAGI TIDAK MENGAPA OLMERT" KATA RABBI YAHUDI



Rabbi Israel berkata kepada Olmert, “ Tidak apa jika kamu bunuh berjuta rakyat Palestin.”

GAZA, (PIC)—Satu laporan yang telah dikeluarkan oleh akhbar Saudi, “Al-Watan” pada hari Sabtu telah mendedahkan bahawa rabbi Yahudi dalam kerajaan Zionis telah mengeluarkan satu hokum atau “fatwa agama yang membenarkan pembunuhan wanita dan kanak-kanak Palestin.

Menurut akhbar berkenaan, rabbi-rabbi telah memfatwakan bahawa pembunuhan di Semenanjung Gaza oleh Israel itu salah satu tindakan yang selari dengan ajaran Yahudi dan merupakan “penghukuman kepada musuh-musuh.”

Akhbar tersebut menambah lagi, bahawa salah seorang dari rabbi-rabbi tersebut mengatakan tidak ada masalah langsung jika rakyat Palestin dibunuh walaupun sejuta mahupun lebih yang dibunuh oleh tentera penjajah.

Memetik bahagian dalam kitab Kebangkitan (Book of Genesis), Mordachi Elyaho seorang rabbi Yahudi, yang merupakan seorang tokoh agama Yahudi yang paling popular dalam entiti Zionis menyampaikan kepada Ehud Olmert satu risalah mingguan yang mengandungi sebuah artikel yang mengandungi pandangan yang membenarkan orang Yahudi untuk melakukan penghukuman(pembunuhan) secara besar-besaran keatas musuh berdasarkan etika peperangan dalam Torah, sepertimana yang dipetik.

“ Kaedah piawaian ini juga hendaklah diamalkan dalam kes Gaza sepertimana warga Gaza yang hidup di situ tidak mengambil berat untuk menghentikan penembakan roket oleh Briged Al-Qassam.” kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert memohon supaya tindakan militansi Israel terhadap Palestin diteruskan. Dia menambah bahawa membunuh orang yang Palestin yang tidak bersalah adalah perkara kecil.

Seorang lagi rabbi fanatic, Yesrael Rozin telah mengatakan bahawa hukum dalam kitab Torah termasuk membunuh lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi-bayi dan haiwan ternakan (musuh) menurut akhbar Al-Watan lagi.

Dalam bahagian berikut, Safad rabbi Sholomo Elyaho menggariskan bahawa, “ Jika kita bunuh 100 daripada mereka (rakyat Palestin) tetapi mereka enggan mengalah (melancar roket) maka kita mesti bunuh 1000, dan jika bunuh 1000 mereka tidak berhenti, maka kita bunuh 10000 dari mereka, dan kita mesti meneruskan pembunuhan walaupun mencecah angka satu juta dan memakan masa untuk membunuh mereka.”

Menurut rabbi tersebut, dia memetik bahagian Psalms yang mengatakan bahawa "I should continue chasing my enemies and arrest them, and I won't cease till I finish them completely."

SUMBER: PALESTINIAN INFROMATION CENTER

DITERJEMAH: SHEIKH UKM
Read More..

Sunday, January 18, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Read More..

Yahudi Yahudi Yahudi....



Ulasan seorang Yahudi, yang sendiri tak boleh terima doktrin Yahudi Zionisme. Pada saya, tonton dan nilai sendiri. Mungkin ada golongan sebegini, tetapi tersangatlah kecil dan tidak mendatangkan kesan kepada Israel sedikit pun. Read More..